MKA 1023 CHAPTER 1 : KOMPONEN, APLIKASI, ETIKA DAN KESELAMATAN KOMPUTER
Unit CPU adalah komponen yang wajib ada di dalam sesebuah komputer dan diibaratkan sebagai nadi dan nyawa bagi komputer. Rangkaian sistem utama dalam sistem unit adalah :
1. Microprocessor
- Nama lain bagi microprocessor adalah Central Processing Unit ( CPU ) dan merupakan komponen yang wajib ada dalam komputer. Terdapat tiga tugas utama bagi Microprocessor ini iaitu
Aritchmatic Logical Unit
Control Unit ( CU )
Memory Unit ( MU )
2. Ingatan memori (RAM)
Bahagian penting bagi komputer yang seterusnya pula adalah Random Access Memory ( RAM ) . Ia merupakan tempat penyimpanan sementara saat komputer dijalankan . Fungsi utama RAM adalah untuk mempercepatkan pemprosesan data pada komputer.Semakin besar RAM yang dimiliki, semakin laju sesebuah komputer berfungsi menjalankan sistem.
3. Input
Alat yang digunakan untuk menerima masuk data dan program yang akan diproses di dalam computer.
Berfungsi sebagai media untuk memasukkan data dari luar ke dalam suatu memori dan processor untuk menghasilkan informasi yang diperlukan.
Input device adalah keyboard dan mouse
- keyboard dan mouse adalah unit yang menghubungkan user (pengguna) dengan komputer.
- keyboard dan mouse adalah unit yang menghubungkan user (pengguna) dengan komputer.
4. Output
Alat yang berfungsi untuk mengeluarkan hasil pemrosesan ataupun pengolahan data yang berasal dari CPU kedalam suatu media yang dapat dibaca oleh manusia ataupun dapat digunakan untuk penyimpanan data hasil daripada proses. Jenis dan media dari output device yang dimiliki oleh komputer cukup banyak. Output yang dihasilkan adalah seperti-
(a) Printer (Pencetak)
(b) Speker (Pembesar Suara)
(c) Monitor (paparan)
5. Storan
Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang mengekalkan data untuk suatu jangka masa tertentu, walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan.
Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan sekunder
i ) Storan Primer
Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu
a. Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b. Ingatan Baca Sahaja (ROM)
ii) Storan sekunder
Storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.
Fungsi storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang lain pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.
Jenis-jenis storan sekunder adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal
APA ITU ETIKA?
Perkataan Greek "Ethos" - perwatakan peribadi
tingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia.
prinsip-prinsip benar atau salah yang digunakan oleh individu dalam membimbing gelagat mereka.
10 ETIKA KOMPUTER
- tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- tidal membelek fail komputer orang lain.
- tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
- tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
- tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang bayaran.
- tidak menggunakan tanpa kebenaran hasil intelektual orang lain.
- memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET-LAMAN SEMBANG
- jangan berikan maklumat peribadi diri anda, seperti nama penuh anda,nombor telefon peribadi, alamat rumah.
- elakkan dari mengatur pertemuan dengan kenalan yang baru ditemui di Internet.
- hindari dari menunjukkan gambar anda. Dalam dunia siber ini, seseorang yang berniat jahat boleh menjejaki anda walaupun hanya melalui gambar.
ETIKA PENULISAN EMEL
- amalkan penggunaan bahasa yang baik.
- elakkan penggunaan HURUF BESAR dan menebalkan perkataan; penggunaan huruf besar dan tebal menggambarkan seolah-olah anda meninggikan suara dan memberi arahan kepadaa seseorang untuk melakukan sesuatu.
- jangan merahkan tulisan; tulisan merah menunjukkan yang anda marah dan tidak suka kepada penerima e-mel.
- periksa ejaan.
- pilihan tetapan 'font'; contohnya, Times New Roman, Arial dan Verdana.
- periksa tanda baca.
ETIKA DI LAMAN RANGKAIAN SOSIAL
- memilih rakan/followers yang relevan.
- berkongsi maklumat yang sahih dan positif.
- tidak bersembarangan "tagging" dan "check in".
- tidak berkongsi gambar yang sensitif.
- tidak berkongsi gambar yang sensitif.
- tidak ,encipta identiti palsu.
- tidak Like dan Unlike sesuka hati.
ETIKA PENULISAN BLOG
- bertanggungjawab dengan tulisan anda.
- menulis berdasarkan fakta dan sumber sahih.
- gunakan bahasa yang baik.
- elakkan daripada menulis isu-isu sensitif yang boleh mengugat keharmonian negara.
- elakkan "copy-and-paste" entri pihak lain secara keseluruhan tanpa izin.
JANGAN MENABUR FITNAH
Comments
Post a Comment